Dalam menempuh liku-liku kehidupan ini...kita pasti diuji dengan pelbagai
dugaan dan cubaan. Setiap kejayaan pasti
ada kegagalan..setiap kehidupan pasti ada cabarannya...setiap kelemahan pasti
ada kekuatan..setiap ujian dan dugaan dariNya pasti ada hikmah disebaliknya...Dalam
menjalani dugaan dan ujiannya..kita perlu tabah dan sabar dan menerimanya
dengan hati yang terbuka.
Dalam kitab Jami’ al-Tirmizi disebutkan bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda :-
Terjemahan : ‘Apabila Allah
mencintai sesuatu kaum, maka Dia menguji mereka. Sesiapa yang reda, ia akan
mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang marah, ia akan mendapat kemurkaan
Allah’.
Dengan segala dan dugaan yang diberikan olehNya kita perlu sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian Allah..
Kadang kala kita selalu menginginkan apa yang dimiliki oleh orang lain. Namun, kita selalu lupa bahwa kita sudah memiliki segala yang Allah berikan. Di sebalik segala kekurangan terdapat kelebihan yang kita ada sebenarnya tanpa kita sedari. Maka bersyukurlah selalu di atas nikmat yang telah diberikan olehNya.

No comments:
Post a Comment