Monday, October 26, 2015

KLIK! KLIK!



Kehidupan masa kini yang serba moden dengan kemajuan internet membantu kehidupan yang semakin sibuk dalam mencari kemewahan kehidupan.
Kaedah pembelian secara “Online” pada masa kini semakin menjadi pilihan kerana ianya memudahkan pengguna membeli barang keperluan tanpa perlu bersesak-sesak di kaunter pusat membeli belah dan kadang-kadang terpaksa beratur panjang dan bersesak-sesak.
Klik! Klik! Segalanya di hujung jari pengguna.  Apa yang penting sekali sudah pastinya RM mencukupi bagi memastikan pembelian secara “Online” dapat dilaksanakan..
Jadi apa pendapat anda tentang Pembelian Secara “Online”?
Sudi-sudikan lah Klik! Klik! Di Sini untuk kajian secara rawak tentang Pembelian Secara “Online”.
Kerjasama tuan/puan/cik didahului dengan Ribuan Terima Kasih...
 
 
Zalora dan Lazada - Antara yang memberi perkhidmatan pembelian secara "Online" yang popular di Malaysia.

Thursday, October 15, 2015

Mencari Keberkatan Rezeki..


Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya.

Namun anehnya, Imam Syafie menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sedangkan dia tidak faham apa maksud suruhan itu.

Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada perubahan.  Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan meminta agar mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Lelaki itu pun pergi melaksanakan saranan Imam Syafie dengan perasaan yang sangat hairan.

Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya dengan menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya malah hidupnya menjadi lapang. Dia bertanyakan apa rahsia di sebalik semua itu?

Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia lakukan itu tidak layak untuk mendapatkan upah lebih daripada 3 dirham yang mana kelebihan 2 dirham yang dia perolehi itu telah menarik keluar keberkatan harta yang dia miliki.

Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya'ir yang membawa maksud :-

“Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.  Yang haram pun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya”.

Moral Of The Story

Kisah ini menjadi pengajaran yang sangat berguna dalam kehidupan seharianku dalam menjalankan tugas seharian di pejabat.  Kerja adalah suatu ibadah.  Menjalankan tugas atau tanggungjawab untuk memperolehi pendapatan dan mendapat keredhaan Allah.

Saya diamanahkan untuk menjalankan tugas bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Tenaga Nasional Berhad.  Setiap detik, setiap masa…saya cuba pastikan diisi dengan sebaik mungkin dengan menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan..cuba untuk menjadi seorang pekerja yang berdedikasi dan komited dalam apa jua masalah dan keadaan agar ianya setimpal dengan gaji yang saya perolehi setiap hujung bulan...

Bila gaji yang kita terima setiap bulan tidak seimbang dengan kerja yang kita laksanakan, ini bermakna kita sudah menerima harta yang bukan hak kita yang mana ianya akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada, dan menyebabkan hisab yang berat di akhirat kelak...Allahu Akhbar!..
 
Semoga Allah sentiasa mengurniakan kita kemampuan untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab sehingga rezeki yang kita perolehi diberkati olehNya di dunia dan akhirat...Amin..
 
Surah al-Jumuah ayat 10 bermaksud :-

“Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)".

 

Sabarlah Wahai Hati...

Tanggal 4 hb Oktober 2015, adalah satu saat dan detik yang paling tidak akan saya lupakan untuk selamanya...Insan yang paling saya sayangi di dunia ini telah disahkan mengidap penyakit Kanser Kelenjar tahap 4.  Allahu Akhbar...betapa sedih dan pilu hati ini..hanya tuhan sahaja yang tahu..betapa kuat dugaan yang Allah berikan kepada kami sekeluarga..

Setiap pesakit kanser perlu menjalani kimoterapi...Ya kimoterapi...Perlu menjalani kimoterapi sebanyak 6 kitaran..kimoterapi pertama pada 11 Oktober 2015 yang lalu...perlu kuat semangat dan tabah dalam menjalani kimoterapi ini dalam masa 6 bulan yang mendatang...Doktor maklumkan selepas tamat kimoterapi peluang untuk sembuh adalah 70% sahaja...semoga ada keajaiban dariMu Ya Allah...

Semoga mak cepat sembuh sepenunhya...

Ya Allah!!..kuatkan hati kami...tabahkan hati kami dalam menempuh dugaan ini...Semoga kami sekeluarga tabah dengan segala dugaan dariMu Ya Allah...

Wednesday, October 14, 2015

Kata-Kata Hikmah

Dalam menempuh liku-liku kehidupan ini...kita pasti diuji dengan pelbagai dugaan dan cubaan.  Setiap kejayaan pasti ada kegagalan..setiap kehidupan pasti ada cabarannya...setiap kelemahan pasti ada kekuatan..setiap ujian dan dugaan dariNya pasti ada hikmah disebaliknya...Dalam menjalani dugaan dan ujiannya..kita perlu tabah dan sabar dan menerimanya dengan hati yang terbuka.


Dalam kitab Jami’ al-Tirmizi disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :-

Terjemahan : ‘Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia menguji mereka. Sesiapa yang reda, ia akan mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang marah, ia akan mendapat kemurkaan Allah’.

 

Dengan segala dan dugaan yang diberikan olehNya kita perlu sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian Allah..

Kadang kala kita selalu menginginkan apa yang dimiliki oleh orang lain. Namun, kita selalu lupa bahwa kita sudah memiliki segala yang Allah berikan. Di sebalik segala kekurangan terdapat kelebihan yang kita ada sebenarnya tanpa kita sedari. Maka bersyukurlah selalu di atas nikmat yang telah diberikan olehNya.
 
 

Cakkk!!!


 
Butiran Peribadi
Nama : Mastura Binti Masti
Tarikh Lahir : 25 Jun
Tempat Lahir : Kulai, Johor
Pendidikan
Saya memiliki Diploma Pemasaran dari Politeknik Kota Bharu (1996-1999).  Kini sedang melanjutkan pelajaran.. Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian – BPM (Hons), UUM.  Semoga berjaya memiliki segulung Ijazah...ada empat tahun lagi...haish!!...hehee..chaiyok! chaiyok!
Pengalaman Bekerja
Kerani (Kontrak), Jabatan Pengurusan Sumber Manusia & Perkhidmatan Pentadbiran, Ketua Pegawai Operasi (Selatan), Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional Berhad (2001 - 2002).
Kerani (Latihan), Jabatan Pengurusan Sumber Manusia & Perkhidmatan Pentadbiran, Negeri Johor, Bahagian Pembahagian, TNB (Mac 2002 – Oktober 2005).
Eksekutif Tadbir (Latihan) di Bahagian Perkhidmatan Korporat, TNB (Oktober 2005 – Mac 2008).
Eksekutif Tadbir (Pentadbiran) di Pejabat Pengurus Kawasan (Pasir Gudang), Bahagian Pembahagian, TNB(Mac 2008 – hingga sekarang).
Semoga saya terus kekal berkhidmat di TNB kerana saya Sayang TNB!!!.
 
Hobi
Hobi saya Menonton televisyen..suka melayan drama-drama melayu dan juga mendengar lagu…
 

First Time!!




Tugasan 4 bagi Subjek Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan.....Anda Dikehendaki Membangunakan Satu Laman Web/Blog Peribadi....hmmm.....Camne eh nak buat?...Hmmmmm…tak tahu….hehehe.. Ni first time saya nak buat Blog Peribadi..tidak terlintas langsung selama ini untuk ada blog sendiri..hehee..

Alhamdulillah dengan bantuan Pensyarah Encik Ahmad Kamal Bin Mohd Arish yang memberi tunjuk ajar serta dan juga dengan merujuk rakan sekerja dan rakan sekelas saya Nurain Natasha binti Abdullah serba sedikit membantu saya dalam mewujudkan blog ini...terima kasih..